PENULISAN REFLEKSI GKK1043 KESIHATAN DIRI DAN KECERGASAN
Saya Nurul Izzati Binti Azemi daripada
PPISMP Pendidikan Islam 4 telah menjalani beberapa ujian kecergasan bagi subjek
GKK1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan pada 8 September 2019. Kesihatan diri dan
dan kecergasan adalah kursus yang perlu diikuti oleh semua pelajar PPISMP dalam
bidang generik.
Kesihatan bermaksud sihat dari segi fizikal,
mental dan sosial iaitu hanya bebas daripada sebarang penyakit, kecacatan dan
kecederaan sahaja. Justeru berdasarkan
definisi ini, ketiga-tiga komponen iaitu mental, fizikal dan sosial akan saling
bersepadu dan bertindak antara satu sama lain. Menurut Hoyman (1962), beliau
mendefinisikan kesihatan sebagai keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang
sempurna, produktif dan kreatif.
Kecergasan pula ialah
keadaan apabila seseorang berada dalam
keadaan sihat dan boleh melakukan aktiviti harian dengan penuh tenaga, mampu
mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti fizikal dan kecergasan serta dapat
mengurangkan risiko menghadapi sebarang masalah kesihatan. Selain itu, menurut Sheikh Kamaruddin (1987), kecergasan ialah
kemampuan paru-paru, jantung, saluran darah dan otot tubuh badan dapat
berfungsi pada tahap yang optimum.
Kecergasan terbahagi
kepada beberapa komponen penting yang perlu diberi perhatian iaitu mempunyai
kekuatan dalam menghadapi tekanan, mempunyai stamina yang tinggi, mempunyai
fleksibiliti atau badan yang mudah lentur serta koordinasi badan yang baik.
Bagi mengetahui tahap kecergasan seseorang, beberapa ujian telah dilakukan yang
dipanggil ujian kecergasan iaitu Body Mass Index (BMI), SEGAK dan Bleep
Test.
Rajah 1, Ujian BMI
Bermula dengan
ujian pra Indeks Jisim Badan (BMI) yang dilakukan pada 8 Julai 2019, ketinggian
saya ialah 157.7 cm dan telah meningkat kepada 160 cm pada ujian post iaitu
pada 8 September 2019. Berat saya juga telah meningkat daripada 51.4 kg kepada
52.5 kg dan skor BMI saya berada dalam keadaan normal. Peningkatan ini
disebabkan pemakanan yang diamalkan oleh saya yang mengandungi kalori yang agak
tinggi dan tiidak mengikut waktu menyebabkan berat badan meningkat.
Rajah 2, Ujian Naik Turun Bangku
Seterusnya ialah ujian naik turun bangku yang dilakukan untuk
mengukur daya tahan kardiovaskular seseorang. Selepas melakukan ujian ini
selama 3 minit, kadar denyutan nadi saya pada ujian pra iaitu sebanyak 105
telah meningkat kepada 120 pada ujian post. Ini menunjukkan apabila daya tahan
kardiovaskular menjadi tinggi, kadar denyutan jantung semasa latihan akan
meningkat sedikit sahaja. Peningkatan ini mungkin disebabkan senaman yang tidak
mencukupi menyebabkan daya tahan kardiovaskular saya menjadi rendah.
Rajah 3, Ujian Tekan Tubi
Dalam ujian tekan
tubi, skor saya telah meningkat daripada 27 pada ujian pra kepada 31 pada ujian post. Ujian ini dilakukan
untuk mengukur daya tahan otot lengan dan bahu seseorang. Berdasarkan keputusan
ini, daya tahan otot dinamik saya iaitu kebolehan lengan untuk mengecut dan
mengendur dapat ditingkatkan. Ini disebabkan latihan yang kerap dilakukan
sebelum menjalani ujian ini menyebabkan peningkatan dalam ujian ini.
Rajah 4, Ujian Ringkuk Tubi Separa
Seterusnya, dalam ujian ringkuk tubi separa,
skor saya pada ujian pra telah meningkat dari 15 kepada 18 dalam ujian post.
Ujian ini dapat mengukur daya tahan otot abdomen dan daya tahan otot dianamik. Latihan
yang dilakukan sebelum menjalani ujian ini telah membuahkan hasil kerana saya
dapat memastikan skor saya tidak menurun walaupun hanya meningkat sedikit sahaja.
Rajah 5, Ujian Jangkauan Melunjur
Dalam ujian
jangkauan melunjur pula, ujian ini dilakukan adalah untuk mengukur kelenturan
badan seseorang. Dalam ujian pra saya telah mendapat jangkauan sehingga 46.5
dan meningkat sedikit kepada 47 dalam ujian post. Ini menunjukkan saya dapat
mengekalkan tahp kelenturan badan saya dan mempunyai fleksibiliti yang baik.
Akhir sekali ialah
ujian bleep test. Dalam ujian ini, saya mendapat skor sehingga 3.2 pada ujian
post dan meningkat sedikit kepada 3.3 dalam ujian post. Dengan latihan yang
berterusan dan aktiviti kecergasan seperti berlari dan berjoging dan mendaki bukit,
saya dapat memastikan skor bleep test saya dapat dikekalkan dan tidak menurun.
Melalui ujian ini, saya dapat menguji tahap ketahanan kardiovaskular saya dan
menguji stamina saya.
Kesimpulannya, pengalaman menyiapkan tugasan ini amatlah bermakna
kerana saya dapat menambahkan pengetahuan berkaitankesihatan diri dan
kecergasan. Segala aktiviti yang diajarkan dalam kursus ini akan saya
praktikkan dalam kehidupan saya sepanjang masa. Bagi saya, subjek GKK1043 ini
adalah suatu subjek yang perlu dititikberatkan supaya dapat melahirkan
masyarakat yang berilmu, cergas dan produktif. Dengan ini, negara akan lebih
maju dan aman dan bahagia kerana rakyatnya yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Rujukan
Hoyman, H. (1962). Our modern
concept of health. Journal of School Health, 32, 253.
Muhamad Amran Kamsi .
(1993). Kecergasan Fizikal. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn. Bhd.
Sarjit Singh,B & Sheikh Kamaruddin S.A. (1987).
Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1. Petaling Jaya: Persatuan Pendidikan
Jasmani Malaysia.




